Sebagai seorang pemasar dan usahawan internet, memiliki akaun email daripada perkhidmatan Gmail.com seharusnya menjadi salah satu keperluan “tools” penting dalam setiap aktiviti perniagaan internet yang dijalankan.

Akaun email Gmail.com
Akaun Gmail amat sesuai untuk dijadikan sebagai PUSAT EMAIL (Central Email) bagi menerima segala email berkaitan aktiviti perniagaan internet yang anda laksanakan.
Sebagai contoh jika anda memiliki 5 nama domain yang berada di berlainan server dan setiap domain tersebut mempunyai 1 akaun email tersendiri, maka anda boleh menggunakan akaun Gmail untuk menerima kesemua email yang dikirimkan kepada kelima – lima domain tersebut sekaligus.
Jadi, tidak perlu lagi untuk anda masuk ke dalam webmail email@domainanda.com tersebut satu persatu hanya untuk menyemak email. Anda boleh menjimatkan masa dengan memusatkan penerimaan email anda tersebut terus ke akaun email Gmail anda.

Antara kelebihan penggunaan akaun email daripada Gmail adalah rupa bentuknya (layout) yang kemas, bersih dan mudah untuk digunakan.
Proses “loading” antaramukanya (interface) juga adalah lebih pantas berbanding penggunaan akaun email daripada Yahoo dan Hotmail.
Memandangkan sebahagian besar pasaran di internet ini dipelopori oleh Syarikat Google, maka dengan hanya 1 akaun email Gmail, anda dapat mengawal banyak akaun pemasaran anda dengan mudah sebagai contoh penggunaan akaun blogspot.com, akaun pemasaran menerusi Google Adwords, akaun Google Adsense, akaun FeedBurner, YouTube dan sebagainya.
Penulis telah mencuba ketiga – tiga akaun email (Gmail, Yahoo, Hotmail) untuk pelbagai urusan yang berbeza terutama sekali dalam penerimaan email daripada sistem script. Antara ketiga – tiga akaun email ini, akaun email daripada Gmail adalah lebih fleksibel untuk menerima email dengan lebih pantas dan selamat.
Berbanding Yahoo, email yang ingin diterima acap kali LEWAT tiba ke dalam INBOX. Malah, peratusan email masuk ke dalam folder SPAM juga adalah tinggi.
Begitu juga dengan akaun email Hotmail. Email – email yang dikirimkan terutama sekali daripada sistem script yang digunakan seperti untuk borang, autoresponder, email tersebut mempunyai peratusan tinggi untuk masuk ke dalam SPAM box.
Sebagai kesimpulan, jika anda masih belum membuka akaun Gmail, maka segeralah berbuat demikian dan manfaatkan segala kelebihan yang diberikan oleh Gmail untuk memudahkan segala urusan pemasaran dan perniagaan internet anda.
Waaa infor yang berguna. Dapat di aplikasikan dalam bisness internet saya kelak
sesiapa yg masih belum guna gmail cuba-cubalah guna kalau nak tahu kelebihannya
Betul 3x…
saya pun lebih suka akaun Gmail berbanding yg lain.
dah terbiasa guna yahoo..
Gmail akanku cuba biasakan..
(^_^)
Akaun gmail xpyh nk refresh untuk keluarkan mail..
kalau akuan lain kena refresh..
mcm facebook gak lar..
hehehe..
salam. Ni mungkin sebabnya, kenapa IM cadangkan guna gmail. Info yang menambahkan pengetahuan ku…
Wah.. good information.. sy pun lebih cenderung menggunakan google mail berbanding yg lain. tetapi tips yang ini adalah baru bagi sy.. sy akan praktikkan.. keep it up a good sharing bro!