“Buat Duit Di Internet“… Itu adalah ayat yang sering menjadi perbualan rata – rata pengguna internet yang ingin menjana pendapatan secara online.
Anda perlu sentiasa berhati – hati kerana pelbagai macam bentuk tawaran yang menjanjikan “KEUNTUNGAN” sekelip mata yang dapat kita perolehi di internet.
Jauhkan diri daripada tawaran yang menjanjikan keuntungan beribu ringgit dalam masa yang singkat.
Antara ciri – ciri tawaran “buat duit di internet” yang perlu anda jauhi adalah:
Jadi, bagaimanakah sebenarnya untuk menjana pendapatan di internet? Apakah benar untuk menjana pendapatan di internet, anda memerlukan modal permulaan?
Tidak… Untuk menjana pendapatan di internet, sebenarnya anda tidak memerlukan sebarang modal sekalipun.
Salah satu cara TANPA MODAL adalah dengan menyertai “Program Affiliate“. Anda boleh menjana pendapatan dengan cara mempromosikan produk – produk usahawan internet yang anda rasa berpotensi untuk dipasarkan.
Untuk menyertai “Program Affiliate” ini, kosnya adalah PERCUMA sahaja. Tak perlu nak keluarkan kos pendaftaran, tak perlu nak menaja orang dan tak perlu nak pening kepala untuk urusan penghantaran produk kepada pelanggan.
Anda yang sebenarnya menjadi agen pemasaran untuk produk – produk yang ingin anda promosikan. Keuntungan biasanya diperolehi hasil daripada penjualan produk yang anda promosikan.
Sebagai contoh jika produk A berharga RM50.00, anda mungkin akan menerima komisyen sekitar 10% sehinggalah ke 80%!
Antara produk yang popular untuk dipromosikan adalah produk berasaskan digital iaitu seperti ebook, video, software dan sebagainya. Hal ini adalah kerana komisyen yang diperolehi daripada hasil penjualan produk – produk seperti ini adalah sekitar 40% – 80% daripada harga jualannya.
Salah satu tempat yang mempunyai sejumlah produk Digital yang boleh dipromosikan untuk pasaran Malaysia adalah di KlikJer.com.
Laman ini baru sahaja dilancarkan oleh seorang usahawan internet tempatan yang popular iaitu saudara Mohd Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth.
Menerusi KlikJer.com, anda boleh mempromosikan produk – produk digital terbitan syarikat Extreme D Enterprise (hak milik saudara Shuth) dimana produk – produk digital tersebut dihasilkan oleh usahawan – usahawan internet yang bernaung dibawah syarikat ini.
Produk yang diterbitkan dijamin mempunyai tahap kualiti yang baik kerana ia dihasilkan berdasarkan pengalaman, kepakaran dan kebolehan setiap usahawan internet tersebut. Malah ia telah melalui proses penapisan yang dilakukan oleh syarikat Extreme D Enterprise.
Anda boleh mendaftar secara PERCUMA sebagai agen pemasaran bagi syarikat Extreme D Enterprise dan menerima komisyen bagi setiap jualan produk yang terhasil daripada aktiviti promosi anda.
Untuk maklumat lanjut, layari ke www.KlikJer.com.
dah join..
Tapi,
harap lagi banyak la produk yang bleh dipromote.
(^_^)
Alhamdulillah dah join..
Still xpandai ingin membuat promosi..
Macam ade kurang sesuatu jer kalau buat promosi..